STR Fasa 3: Tarikh Bayaran & Jumlah Terkini 2025

STR Fasa 3 adalah kesinambungan bantuan tunai kerajaan kepada golongan B40 dan M40. Bayaran untuk fasa ini dijangka melibatkan penerima baharu serta rayuan yang diluluskan selepas Fasa 2. Artikel ini menerangkan tarikh bayaran, jumlah bantuan yang akan diterima serta panduan semakan status penerima.

Anda penerima SARA RM200? Ini senarai barang MyKasih yang terkini.

Jika bantuan RM200 masih tidak dikreditkan dalam MyKad anda, anda boleh lihat artikel cara semak SARA untuk maklumat lanjut.

madani str

Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?Klik Untuk Sertai WhatsApp

Siapa Yang Akan Terima Bayaran STR Fasa 3?

Penerima yang layak menerima bayaran dalam Fasa 3 adalah mereka yang:

  • Telah diluluskan dalam permohonan STR 2025 sebelum atau semasa Fasa 3
  • Mempunyai akaun bank aktif dan sah dalam sistem MySTR
  • Tergolong dalam kategori isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah

Bagi penerima yang telah buat rayuan dan lulus selepas Fasa 2, anda akan mula menerima bayaran bermula Fasa 3. Untuk maklumat penuh senarai kategori yang terlibat serta pecahan mengikut kelayakan, sila rujuk artikel STR Fasa 3 2025.

Berapa Jumlah Bayaran STR Fasa 3?

Jumlah bayaran untuk Fasa 3 adalah berbeza mengikut pendapatan dan bilangan anak tanggungan. Berikut ialah jadual rasmi jumlah yang diumumkan oleh LHDN:

str bayaran fasa 3 bantuan
Kategori PendapatanBil. AnakJumlah Bayaran
≤ RM2,5000RM150
≤ RM2,5001 – 2RM300
≤ RM2,5003 – 4RM500
≤ RM2,5005 dan ke atasRM650
RM2,501 – RM5,0000RM100
RM2,501 – RM5,0001 – 2RM200
RM2,501 – RM5,0003 – 4RM250
RM2,501 – RM5,0005 dan ke atasRM300

Setakat pengumuman rasmi terakhir, kategori bujang dan warga emas tanpa pasangan tidak akan menerima bayaran dalam Fasa 3. Bayaran penuh hanya tertumpu kepada isi rumah yang mempunyai anak dan pendapatan bawah RM5,000.

Bila Tarikh Pembayaran STR Fasa 3?

Tiada tarikh rasmi dikeluarkan setakat awal Mei 2025. Namun, merujuk kepada jadual terdahulu, bayaran biasanya dibuat antara bulan Jun hingga Ogos, dan disalurkan secara berperingkat mengikut bank seperti BSN, Maybank, CIMB, Bank Islam dan lain-lain.

Tarikh rasmi akan dimaklumkan di portal STR dan siaran media oleh Kementerian Kewangan. Pastikan anda bersedia dengan maklumat bank yang betul untuk elakkan isu gagal kredit.

Cara Semakan Status & Bayaran

Semakan boleh dilakukan secara dalam talian melalui:

  1. Portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Log masuk ke akaun menggunakan MyKad dan kata laluan
  3. Pilih menu “Semakan Status” dan semak di bahagian “Maklumat Bayaran”

Jika anda belum tahu status terkini permohonan anda, rujuk artikel ini untuk panduan penuh: Semakan STR 2025.

Duit Belum Masuk – Apa Perlu Buat?

Jika bayaran belum dikreditkan ke akaun anda selepas tarikh rasmi diumumkan, antara langkah awal yang boleh diambil ialah:

  • Semak status kredit dalam portal STR
  • Pastikan akaun bank masih aktif dan tidak dibekukan
  • Pastikan tiada kesilapan nombor akaun / nama akaun

Bagi kes “Gagal Kredit”, anda boleh hadir ke kaunter BSN terdekat dengan membawa kad pengenalan asal untuk membuat tuntutan secara tunai. Panduan lengkap login dan pengesahan akaun boleh dirujuk dalam artikel Login MySTR.

Leave a Comment