Mulai Julai 2025, kerajaan Malaysia meneruskan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan penyaluran bantuan RM300 melalui sistem MyKasih. Penerima layak boleh menggunakan MyKad mereka sebagai e-dompet untuk membeli barangan asas terpilih di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar. Bantuan ini dikreditkan secara berperingkat terus ke dalam MyKad, tidak dalam bentuk tunai, dan hanya boleh digunakan bagi pembelian keperluan harian yang diluluskan.
BERITA TERKINI
23 JULAI 2025 – Perdana Menteri umum program ‘Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia’. 22 juta rakyat Malaysia akan terima RM100 melalui MyKad mulai 31 Ogos 2025, sah digunakan di pasar raya terpilih sehingga 31 Disember 2025.
14 Kategori Barang Yang Boleh Beli Dengan MyKasih
Antara soalan paling popular adalah “Barang apa je boleh beli?” Jom tengok senarai barang MyKasih (Klik untuk gambar barang yang lengkap) yang diluluskan – ada 14 kategori berbeza:
🍚 Makanan Asas
Beras, tepung, gula, minyak masak, telur, roti
🥤 Minuman
Milo, kopi, teh, susu kotak, air mineral
🧴 Barangan Kebersihan Diri
Sabun, ubat gigi, tuala wanita, syampu
🎒 Keperluan Sekolah
Beg sekolah, alat tulis, buku latihan, kasut hitam
💊 Ubat-ubatan
Panadol, ubat batuk, vitamin, first aid
🥘 Makanan Dalam Tin
Sardin, tuna, tom yam, sos pasta
🧽 Barangan Kebersihan Rumah
Detergen, sabun pinggan, pencuci lantai

Senarai Pasar Raya Terlibat Program MyKasih
Kredit MyKasih hanya boleh digunakan di pasar raya yang mempunyai sistem MyKasih. Untuk Julai 2025, senarai pasar raya yang terlibat ialah:
| Negeri826_cbe42f-b1> | Nama Pasar Raya / Kedai Runcit Terlibat826_4cb6f5-2d> | 
|---|---|
| Johor826_953e32-99> | Mydin, Giant, Lotus’s, Econsave, TF Value-Mart826_8b008e-de> | 
| Kedah826_1dff80-84> | Mydin, Billion, Econsave, TF Value-Mart826_fddd9f-ea> | 
| Terengganu826_9917e0-4c> | Mydin, Sabasun, Pantai Timur Mart, TF Value-Mart826_e6d26e-fb> | 
| Selangor826_6020dc-86> | Mydin, Lotus’s, Giant, TF Value-Mart, Billion826_792d90-ae> | 
| Pulau Pinang826_706da0-5b> | Mydin, Econsave, Lotus’s, TF Value-Mart826_86ef52-5e> | 
| Perak826_d4ef74-24> | Mydin, Giant, Econsave, TF Value-Mart826_628ea6-c6> | 
| Negeri Sembilan826_2b9a8f-3a> | Mydin, Lotus’s, Giant, TF Value-Mart826_0ad58a-91> | 
| Melaka826_abaf22-90> | Mydin, Lotus’s, TF Value-Mart, Billion826_1ec1d9-2e> | 
| Pahang826_78d4aa-6c> | Mydin, Econsave, TF Value-Mart, Pantai Timur Mart826_56f048-4d> | 
| Sabah826_8ca0d9-01> | Giant, Econsave, TF Value-Mart, Mydin826_1c2830-bf> | 
| Sarawak826_8e9b8e-a5> | Mydin, Econsave, TF Value-Mart, Lotus’s826_8d3ec9-b8> | 
| Kelantan826_ca29d6-9f> | Mydin, Sabasun, TF Value-Mart826_696a21-fb> | 
| Perlis826_6193cf-c5> | Mydin, TF Value-Mart826_e2da94-0e> | 
✔️ Tip: Cari label “Barangan Boleh Dibeli Guna MyKasih” pada rak barangan.
🔗 Rujuk senarai penuh: https://mykasih.com.my

Panduan MyKasih 2025: Cara Guna Kredit RM300 SARA di Kedai Terpilih
Semak Kelayakan
- Pastikan anda tersenarai sebagai penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025.
- Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi MyKasih atau sistem bantuan kerajaan.
Gunakan MyKad
- Bantuan RM300 dikreditkan terus ke MyKad penerima.
- Tiada pengeluaran tunai dibenarkan kerana ia berbentuk kredit barangan.
Kenal Pasti Kedai Terpilih
- Belanja hanya di pasar raya, kedai runcit, atau mini market yang berdaftar dengan MyKasih.
- Senarai kedai boleh disemak di laman web rasmi atau terus ditanya di kaunter pasar raya.
Pilih Barangan Asas Diluluskan
- Bantuan hanya sah untuk pembelian barangan asas seperti beras, minyak masak, telur, susu, sayur, ikan, ayam, dan produk keperluan dapur.
- Barangan selain yang diluluskan tidak boleh ditebus menggunakan bantuan ini.
Bayar Guna MyKad
- Serahkan MyKad di kaunter pembayaran.
- Juruwang akan mengimbas dan menolak jumlah bayaran daripada kredit MyKasih anda.
Pantau Baki Bantuan
- Simpan resit setiap transaksi untuk memantau baki kredit.
- Baki yang tidak digunakan akan kekal sehingga tarikh luput yang ditetapkan (biasanya hujung bulan).
Gunakan Sebelum Tamat Tempoh
- Baki yang tidak digunakan selepas tarikh tamat tidak boleh ditebus semula.
- Pastikan bantuan RM300 digunakan sepenuhnya sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.
Barangan Yang Tidak Dibenarkan
Sistem MyKasih akan menolak pembelian untuk barang yang tidak diluluskan. Antara barangan yang tidak boleh dibeli termasuk:
- Aiskrim
- Minuman bergas
- Jajan / snek ringan
- Makanan import premium
- Makanan segera
- Produk sejuk beku yang tidak disenaraikan
Pecahan Bantuan RM300 (Bukan Sekali Bayar)
Ramai yang keliru dengan jumlah RM300. Sebenarnya, ia diagihkan secara bulanan mengikut kategori penerima.
| Kategori Penerima | Jumlah Bantuan MyKasih 2025 | 
|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM200/bulan (Apr–Dis) + RM300 (Jan–Mac) = RM2,100 setahun | 
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150/bulan (Apr–Dis) + RM100/bulan (Jan–Mac) | 
| Bujang | RM50/bulan sepanjang tahun | 
❗ Semua bantuan ini hanya boleh digunakan melalui MyKad — tidak boleh dikeluarkan sebagai wang tunai.
Kriteria Kelayakan Bantuan SARA MyKasih (Julai 2025)
Untuk melayakkan diri menerima bantuan SARA MyKasih, syarat utama adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
- Tersenarai dalam kategori B40 atau miskin tegar
- Mempunyai MyKad sah
- Berdaftar dalam sistem rasmi seperti eKasih atau PADU
- Tidak ditolak disebabkan maklumat tidak lengkap atau tidak sah
📌 Semak kelayakan anda di: https://mykasih.com.my
❓Soalan Lazim Berkaitan MyKasih
S: Boleh ke beli susu bayi?
✅ Ya, termasuk dalam kategori barangan asas.
S: Barang promosi boleh dibeli?
✅ Ya, jika termasuk dalam kategori dan ada label MyKasih.
S: Boleh guna di kedai runcit biasa?
❌ Tidak. Hanya pasar raya berdaftar yang dibenarkan.
S: Kalau barang tiada label MyKasih?
❌ Tak boleh. Hanya barang dengan label MyKasih di rak boleh digunakan.
Peringatan Penting Untuk Pembeli Julai
Sebelum ke kaunter bayaran:
✅ Pastikan barang termasuk dalam kategori diluluskan
✅ Cari label MyKasih pada rak harga
❌ Elakkan beli barang tidak tersenarai — sistem akan tolak
🔗 Untuk maklumat lanjut dan senarai terkini jenama: https://mykasih.com.my
