MySTR ialah portal rasmi kerajaan bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Untuk tahun 2026, semua pemohon perlu mendaftar akaun MySTR baharu, walaupun sudah mempunyai akaun sebelum ini.
Pendaftaran, semakan status dan maklumat terkini STR boleh dilakukan melalui pautan rasmi: 👉 https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Portal MySTR ini membantu rakyat Malaysia yang layak untuk memohon bantuan STR dengan selamat, sekali gus mengurangkan risiko penipuan oleh scammer yang menyamar sebagai pihak kerajaan.
Yang Memerlukan Bantuan?
💳 Klik di sini untuk membaca

Cara Daftar Akaun MySTR
Laman web Sumbangan Tunai Rahmah (STR) baru sahaja dikemaskini.
Untuk makluman, anda dikehendaki untuk mendaftarkan semula akaun anda di laman MySTR walaupun telah mempunyai akaun sebelum ini untuk memastikan anda memperoleh segala manfaat di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini.
Trending sekarang
UPBMG 2025 – Semakan Slip, Jadual Ujian & Contoh Soalan
Untuk daftar akaun MySTR anda, ikuti langkah-langkah di bawah:
- Layari portal MySTR di alamat https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik pada butang “LOG MASUK”.
- Klik ‘Daftar Pengguna Baharu’.
- Pengesahan soalan keselamatan akan dipaparkan. Klik butang ‘Seterusnya’.
- Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
- Klik butang ‘Daftar Akaun’.


Log Masuk Akaun MySTR
Setelah anda menyelesaikan proses pendaftaran di atas, anda boleh login ke dalam akaun anda dengan cara berikut:
- Masukkan nombor kad pengenalan anda di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang “Log Masuk”
- Kemudian, klik “Semak” setelah memastikan nombor kad pengenalan anda betul.
- Klik “Ya” sekiranya kata kunci keselamatan anda betul.
- Masukkan kata laluan, dan klik “Log Masuk”
- Selesai.


Sekiranya anda telah memohon STR, status permohonan anda akan dipaparkan di bahagian “Semakan Permohonan” seperti dalam gambar di bawah:

Kadar Bantuan STR 2026
Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan lagi bagi tahun 2026.
Menurut Belanjawan 2026 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bantuan STR 2026:

STR Fasa 4 Disalurkan Mulai 18 OKTOBER 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan mula dikreditkan kepada penerima pada 18 OKTOBER 2025.
Berikut adalah butiran penting STR Fasa 4 untuk 2025:
- Tarikh pembayaran bermula: 18 OKTOBER 2025 (SABTU)
- Kaedah pembayaran: Dikreditkan terus ke akaun bank penerima untuk yang mempunyai akaun. Bagi yang tiada akaun bank (termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan), bayaran boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan.
- Jumlah bantuan:
- Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah: RM200 hingga RM700.
- Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000: RM100 hingga RM350.
- Warga emas tiada pasangan dan bujang: RM150.
 
Penerima dinasihatkan membuat semakan status kelayakan di portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Bantuan ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup dan memastikan mereka yang layak tidak tercicir daripada menikmati manfaat negara.
Cara Semakan Status MySTR
Semakan status STR boleh dibuat melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah untuk semakan STR:
- Klik log masuk MySTR (https://bantuantunai.hasil.gov.my/)
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran (jika layak)
 
- Klik menu Semakan Pembayaran
- Masukkan kata laluan
Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

Untuk mengetahui sama ada wang anda telah dikreditkan, sila klik di butang MAKLUMAT BAYARAN.
Sila rujuk STATUS KREDIT. Jika dinyatakan DALAM PROSES PENGKREDITAN, bermaksud bayaran sedang dalam proses dikreditkan dalam akaun bank anda.
Jika dinyatakan BERJAYA KREDIT, bermaksud bayaran telah selesai dikreditkan dalam akaun bank anda.
Jadual Bayaran STR 2025
1. Kategori Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan
a) Pendapatan Bujang ≤ RM2,500
(Berumur 21 – 59 tahun / OKU berumur 19 – 59 tahun)
- Kelayakan Maksimum: RM600
- Jadual Bayaran:
- Fasa 1: RM150
- Fasa 2: RM150
- Fasa 3: RM150
- Fasa 4: RM150
 
b) Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan ≤ RM5,000
(Berumur ≥ 60 tahun)
- Kelayakan Maksimum: RM600
- Jadual Bayaran:
- Fasa 1: RM150
- Fasa 2: RM150
- Fasa 3: RM150
- Fasa 4: RM150
 
2. Kategori Isi Rumah
a) Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500 (Tiada Had Umur)
| Bilangan Anak1447_559982-6d> | Kelayakan Maksimum (RM)1447_18e3b3-14> | Fasa 11447_cff243-20> | Fasa 21447_5252eb-55> | Fasa 31447_c323ed-92> | Fasa 41447_8a33a6-4d> | 
|---|---|---|---|---|---|
| 01447_4ac0c4-b5> | 1,0001447_937e47-18> | 5001447_208ad2-d8> | 1501447_72f40d-f6> | 1501447_2aee6a-18> | 2001447_775528-5a> | 
| 1 – 21447_edc460-e3> | 1,5001447_b9ec79-b2> | 5001447_754e76-62> | 3001447_1d515f-7c> | 3501447_a6409a-8c> | 3501447_f1e5f8-91> | 
| 3 – 41447_1ac045-7b> | 2,0001447_37ea4c-4f> | 5001447_7e7317-02> | 5001447_98351a-ae> | 5001447_6b105f-e2> | 5001447_eb94a2-58> | 
| ≥51447_560b34-26> | 2,5001447_24ccfd-94> | 5001447_ef5354-8c> | 6501447_9829b4-b1> | 6501447_4c7712-65> | 7001447_d0c0e2-db> | 
FASA 4: RM200-700 (rujuk jadual di atas mengikut kategori)
b) Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 (Tiada Had Umur)
| Bilangan Anak1447_274caf-d7> | Kelayakan Maksimum (RM)1447_ea4c7c-e4> | Fasa 11447_8c932b-b7> | Fasa 21447_a3488a-6a> | Fasa 31447_1af2c1-d6> | Fasa 41447_0820d6-3e> | 
|---|---|---|---|---|---|
| 01447_a851a5-e9> | 5001447_b4d66e-b7> | 1501447_5a0eaa-9c> | 1001447_2e7806-6d> | 1501447_d4e35d-0b> | 1001447_d7e969-4f> | 
| 1 – 21447_aa884a-9b> | 7501447_a78523-01> | 1501447_2d07ea-7a> | 1501447_8eb691-43> | 2001447_53750b-51> | 2501447_67f3a7-12> | 
| 3 – 41447_4246c6-ec> | 1,0001447_61d4ff-31> | 2501447_594ecf-b3> | 2001447_cc5165-73> | 2501447_2684ba-90> | 3001447_ab4ec4-71> | 
| ≥51447_34fb4e-69> | 1,2501447_dd2dfe-c7> | 3001447_8ebc54-66> | 3001447_5e8321-cf> | 3001447_c8beca-05> | 3501447_7b0a71-af> | 
FASA 4: RM100-350 (rujuk jadual di atas mengikut kategori)
Kaedah Bayaran STR
Wang bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang layak melalui salah satu kaedah berikut mengikut tarikh jadual bayaran STR yang telah diumumkan secara rasmi:
- Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
- Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.
Cara Semakan MySTR
- Klik log masuk MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran (jika layak)
 
- Klik menu Semakan Pembayaran
- Masukkan kata laluan
Semakan bayaran / jadual STR boleh dilakukan atas talian di portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Lupa Kata Laluan MySTR
Jika anda terlupa kata laluan akaun MySTR, sila rujuk panduan di bawah:
lupa kata laluan mystrDownload
Maklumat lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai STR 2026 seperti semakan status bayaran STR, cara mohon, kemaskini atau portal MySTR, sila hubngi pegawai yang bertugas di:
- Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel: [email protected]
- Laman Web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
Soalan Lazim – MySTR
1. Apa itu MySTR login dan bagaimana cara menggunakannya?
MySTR login adalah portal rasmi (https://bantuantunai.hasil.gov.my)
untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) membuat semakan status, kemas kini maklumat, dan memohon bantuan. Pengguna perlu memasukkan nombor MyKad dan kata laluan yang didaftarkan.
2. Bagaimana cara daftar akaun baharu di MySTR?
Layari laman web rasmi MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my
klik “Daftar Akaun Baharu” dan isi maklumat peribadi seperti nombor MyKad, e-mel, dan kata laluan. Pengesahan akan dihantar melalui e-mel atau SMS.
3. Apakah langkah untuk reset kata laluan MySTR jika terlupa?
Klik pautan “Terlupa Kata Laluan” di halaman MySTR login, masukkan nombor MyKad, dan ikut arahan untuk menetapkan kata laluan baharu melalui pautan pengesahan e-mel atau SMS.
4. Adakah MySTR login boleh diakses melalui telefon bimbit?
Ya, portal MySTR mesra peranti mudah alih dan boleh diakses melalui telefon pintar menggunakan pelayar internet.
5. Bagaimana cara membuat permohonan STR 2026 secara online?
Layari portal MySTR, log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan, kemudian pilih menu “Permohonan Baharu” dan isi semua maklumat yang diperlukan.
6. Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan STR 2026?
Salinan MyKad, dokumen bukti pendapatan, sijil nikah atau sijil lahir anak, dan dokumen sokongan lain jika diperlukan.
7. Adakah permohonan STR 2026 boleh dibuat melalui kaunter LHDN? Bilakah tarikh permohonan STR 2026 dibuka dan ditutup?
Ya, permohonan juga boleh dibuat di cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil, atau Urban Transformation Centre (UTC). Permohonan dibuka sepanjang tahun mulai 13 Oktober 2025.
8. Bagaimana cara menyemak status permohonan STR 2025 selepas dihantar?
Log masuk ke portal MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my
dan pilih menu “Semakan Status” untuk melihat keputusan permohonan.
9. Apakah syarat kelayakan pendapatan untuk STR 2026?
Kelayakan bergantung pada kategori seperti isi rumah, warga emas, atau bujang dengan had pendapatan tertentu. Sila rujuk https://bantuantunai.hasil.gov.my
10. Bagaimana cara menyemak kelayakan STR 2026 secara online?
Log masuk ke portal MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my
dan gunakan menu semakan kelayakan berdasarkan maklumat pendapatan dan status perkahwinan.
11. Bagaimana cara membuat semakan Bantuan Tunai Rahmah secara online?
Layari portal MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my
log masuk, dan pilih menu “Semakan Pembayaran” untuk melihat status kelayakan dan tarikh bayaran.
12. Apa yang perlu dilakukan jika status semakan Bantuan Tunai Rahmah “Tidak Layak”?
Pemohon boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh yang ditetapkan dengan mengemukakan dokumen sokongan.
13. Adakah Bantuan Tunai Rahmah ini diberikan secara berperingkat?
Ya, pembayaran dilakukan mengikut fasa yang ditetapkan oleh kerajaan. Terkini, Fasa 4 akan disalurkan bermula 18 Oktober 2025.
