HRMIS 2.0 adalah sistem pengurusan sumber manusia dalam talian untuk penjawat awam Malaysia. Dalam artikel ini, anda akan mempelajari cara untuk login ke HRMIS, mengemaskini data peribadi, dan mendapatkan panduan lengkap untuk memuat turun aplikasi MyHRMIS Mobile ke telefon pintar anda.
Tidak kira jika anda baru pertama kali login ke HRMIS 2.0, ingin mengemaskini maklumat peribadi, memuat naik gambar rasmi, atau membuat permohonan cuti serta tuntutan perjalanan dalam negeri, semua ini boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian melalui sistem HRMIS dan aplikasi MyHRMIS Mobile. Dengan kemudahan seperti eGL, Self Check, Profil, serta semakan gaji dan keluar pejabat, penjawat awam kini dapat menguruskan urusan sumber manusia dengan cepat dan efisien – sama ada di pejabat atau menggunakan telefon pintar.
Apa Itu HRMIS 2.0?
HRMIS ialah singkatan kepada Human Resource Management Information System, sebuah sistem maklumat sumber manusia yang dibangunkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memudahkan urusan pengurusan sumber manusia bagi sektor awam di Malaysia.
Versi HRMIS 2.0 merupakan naik taraf kepada sistem asal yang lebih komprehensif, bersepadu dan mesra pengguna. Segala data perkhidmatan kakitangan seperti cuti, tuntutan, penilaian prestasi dan maklumat peribadi dikumpulkan dalam satu platform tunggal satu pendekatan digital yang selari dengan sistem lain seperti MyBSN Portal, yang turut memudahkan pengguna mengakses perkhidmatan secara dalam talian dengan lebih cekap.
Objektif Sistem HRMIS 2.0
- Menyediakan sistem pengurusan sumber manusia sektor awam yang efisien dan bersepadu.
- Membolehkan analisis dan perancangan strategik tenaga kerja di peringkat jabatan, negeri, dan nasional.
- Memudahkan automasi proses operasi perkhidmatan sumber manusia.
- Menyokong persekitaran kerja tanpa kertas (paperless).
- Menyediakan capaian data melalui ‘single window’ secara fleksibel dan terbuka.
Kelebihan HRMIS Kepada Penjawat Awam
Sistem HRMIS 2.0 memudahkan pelbagai tugasan berkaitan sumber manusia. Antara kelebihan utama ialah:
- Kemaskini maklumat peribadi dengan cepat
- Permohonan cuti secara online
- Penilaian prestasi dan SKT
- Semakan gaji, elaun dan tuntutan
- Permohonan pertukaran atau kaunseling
Cara Login Kali Pertama HRMIS 2.0
- Layari laman rasmi HRMIS 2.0.
- Masukkan ID Pengguna yang diperoleh daripada pentadbir HRMIS jabatan anda.
- Masukkan Kata Laluan sementara atau yang telah ditetapkan.
- Pilih menu atau submodul mengikut tugasan.
- Pastikan anda log keluar selepas selesai guna sistem.
Peraturan Kata Laluan HRMIS
Untuk keselamatan, kata laluan HRMIS perlu menepati polisi keselamatan berikut:
- Minimum 12 aksara
- Campuran huruf besar dan kecil
- Mengandungi nombor dan simbol khas seperti @, #, &
Panduan Muat Naik Gambar Dalam HRMIS
- Saiz fail tidak melebihi 204.8kb
- Format yang diterima: GIF, JPG, JPEG, BMP
- Latar belakang gambar: Putih atau biru
- Gambar mesti jelas, tidak menutup muka, dan profesional
Jenis Data Yang Perlu Disemak Dalam HRMIS
Setiap penjawat awam perlu memastikan data berikut sentiasa dikemaskini:
- Sokongan dan kelulusan cuti
- Perisytiharan harta
- Pengisian dan pengesahan SKT
- Kemaskini maklumat peribadi
- Rekod tuntutan perjalanan
Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri Melalui HRMIS
Modul tuntutan perjalanan membolehkan permohonan dan kelulusan dilakukan secara digital sepenuhnya.
- Pemohon boleh isi dan hantar tuntutan secara online
- Pengesah tuntutan boleh semak dan lulus melalui sistem
- Proses ini lebih cepat dan telus
Tonton video tutorial untuk pemohon
Tonton video tutorial untuk pengesah tuntutan
Apa Itu Aplikasi MyHRMIS Mobile?
Aplikasi MyHRMIS Mobile ialah versi mudah alih kepada sistem HRMIS yang menggabungkan fungsi utama dalam satu aplikasi mesra pengguna.
Fungsi-fungsi utama yang ada:
- Profil: Semakan rekod peribadi & gaji
- eGL: Surat jaminan hospital
- Cuti: Mohon dan semak baki cuti
- Self Check: Rekod kehadiran harian
- Keluar Pejabat: Rekod pergerakan semasa waktu kerja
- Care: Saluran aduan & kebajikan
Cara Muat Turun MyHRMIS Mobile
Anda boleh muat turun aplikasi ini dari:
- Google Play Store
- Apple App Store
- Huawei AppGallery
- GAMMA Malaysia
Pendaftaran Kali Pertama Pengguna MyHRMIS Mobile
- Buka aplikasi dan klik “Pengguna Kali Pertama”.
- Isi maklumat seperti No. Kad Pengenalan dan telefon.
- Tetapkan kata laluan dan sahkan pendaftaran anda.
Soalan Lazim (FAQ) HRMIS
- Adakah HRMIS 1.0 masih digunakan?
Tidak, ia sedang dimansuhkan dan digantikan dengan HRMIS 2.0. - Bolehkah buat pinjaman melalui HRMIS?
Ya. Pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer. - Apa itu “Gemulah” dalam HRMIS?
Merujuk kepada penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan atau persaraan.
Maklumat Lanjut
Selain sistem ini, kerajaan juga ada menyediakan sistem APDM. Jika ada masalah, sila hubungi:
- Telefon: 03-8321 1400
- Emel: [email protected]
- Portal Rasmi: www.eghrmis.gov.my
Atau layari terus sistem HRMIS di https://hrmis2.eghrmis.gov.my