Cara guna MyKasih 2025 sangat mudah dan kini semakin meluas digunakan di seluruh negara untuk pembelian barangan asas secara tanpa tunai (cashless). Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) hanya perlu menggunakan MyKad sebagai e-wallet untuk membuat pembelian barangan keperluan di pasar raya dan kedai terpilih yang mengambil bahagian dalam program MyKasih.
Melalui panduan ini, anda akan belajar langkah demi langkah cara menggunakan MyKasih dengan betul — termasuk semakan kelayakan, cara membuat pembayaran menggunakan MyKad, semakan baki bantuan bulanan, dan paling penting, mengenal pasti senarai pasar raya serta kedai sah MyKasih di seluruh Malaysia.
Bantuan MyKasih disalurkan kepada penerima STR 2025 melalui sistem pembayaran tanpa tunai, dengan had pembelian antara RM100 hingga RM200 sebulan, bergantung pada kategori kelayakan masing-masing. Semakan status kelayakan boleh dilakukan dengan mudah secara online menerusi portal rasmi di mykasih.com.my.
Ramai penerima juga mencari panduan lengkap seperti cara betul guna MyKasih, langkah semakan status penerima, senarai pasar raya sah yang terlibat, dan cara menggunakan aplikasi MyKasih untuk mengetahui baki bantuan bulanan — pastikan anda tidak terlepas langkah No. 4 dalam panduan ini!
Cara Guna MyKasih 2025
Berikut adalah langkah-langkah lengkap untuk guna bantuan MyKasih di pasar raya:
- Kunjungi kedai atau pasar raya yang menyertai program MyKasih berdekatan anda.
- Pilih barangan keperluan asas yang diluluskan dari senarai barang MyKasih 2025.
- Serahkan MyKad kepada juruwang untuk semakan status penerima bantuan.
- Tukar nombor PIN sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor PIN baharu jika diminta.
- Juruwang akan imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan oleh MyKasih.
- Masukkan PIN 6-digit untuk sahkan transaksi.
- Ambil resit untuk semakan baki dan bukti pembelian.
Senarai Barangan MyKasih Yang Boleh Dibeli
Antara barangan yang termasuk dalam senarai MyKasih ialah:
- Beras – Jasmine, Faiza, Super 5, Jati, Bernas
- Telur – Nutri Plus, CP, QL Eggs
- Roti – Gardenia, Massimo, Mighty White
- Minyak Masak – Saji, Buruh, Alif, Seri Murni
- Makanan Dalam Tin – Ayam Brand, TC BOY, Adabi
- Minuman – Milo, Dutch Lady, Nescafe, Vico, Horlicks
- Bahan Perasa – Kicap, gula, garam, Planta
- Produk Kebersihan – Colgate, Dettol, Kotex
- Barang Bayi – Susu formula, lampin
- Barangan Sekolah – Faber Castell, Bata, Stabilo
Senarai Pasar Raya Yang Terlibat Dengan MyKasih
MyKasih hanya boleh digunakan di pasar raya dan kedai terpilih. Berikut antara kedai yang terlibat:
- Mydin
- Econsave
- Giant
- The Store
- Lotus’s (Tesco)
- Lulu Hypermarket
- 99 Speedmart (terpilih)
- Pacific
- Milimewa
- Kedai bebas berdaftar bawah MyKasih
Cara Semak Kelayakan MyKasih
Untuk semakan status kelayakan MyKasih, anda boleh ikuti langkah berikut:
- Layar laman web rasmi mykasih.com.my
- Klik “Semak Kelayakan” di halaman utama
- Masukkan nombor MyKad tanpa sengkang
- Klik butang “Semakan Status”
- Status ‘Layak’ atau ‘Tidak Wujud’ akan dipaparkan
- Jika tidak wujud, anda boleh log masuk ke MySTR untuk semakan lanjut
Cara Semak Baki MyKasih
Untuk mengetahui berapa baki bantuan MyKasih anda setiap bulan, anda boleh gunakan aplikasi rasmi:
- Muat turun aplikasi MyKasih dari Google Play atau App Store
- Buka aplikasi dan klik “Next”
- Masukkan nombor MyKad dan nombor telefon
- Tandakan kotak persetujuan syarat penggunaan
- Klik “Next” untuk lihat baki semasa bantuan MyKasih anda
Info & Rujukan Rasmi MyKasih
Jika anda menghadapi masalah atau memerlukan bantuan lanjut berkaitan MyKasih:
- Talian Bantuan: 03-8882 4565 / 4566
- Email: [email protected]
- Website rasmi: https://www.mykasih.com.my/
Rumusan
Cara guna MyKasih 2025 amat mudah jika anda faham prosedur dan tahu barang yang dibenarkan. Jangan lupa semak kelayakan, tahu pasar raya mana yang terima, dan pastikan hanya beli dari senarai barangan MyKasih 2025. Gunakan aplikasi MyKasih untuk semak baki bantuan setiap bulan.