Permohonan Bantuan Subsidi Yuran Taska Asuh Pintar 2025 kini dibuka!
YAWAS (Yayasan Warisan Anak Selangor) menawarkan subsidi yuran taska sebanyak RM100 setiap bulan kepada penerima yang layak.
Ketahui syarat kelayakan, dokumen diperlukan, dan langkah-langkah permohonan di bawah.
Yang Memerlukan Bantuan?

💳 Klik di sini untuk membaca
Apakah Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar?
Melalui skim baru ini, ibu bapa yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan.
Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.
Untuk makluman, ASUH PINTAR (sebelum ini dikenali sebagai SIKEMBAR).
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan permohonan adalah
- Pemohon Mestilah Warganegara Malaysia
 – Dilahirkan Dan menetap di selangor; ATAU
 – Tidak dilahirkan di selangor tetapi telah menetap secara sah di selangor sekurang-kurangnya 5 tahun (perlu mendapatkan pengesahan dari ketua kampung / Pengerusi taman perumahan tempat di mana pemohon menetap)
- Syarat pendapatan isi rumah mestilah RM 5000 ke bawah.
- Suami dan isteri berkerja.
- Anak berumur 4 tahun dan ke bawah.
- Terhad kepada 2 orang anak sahaja.
- Taska berdaftar dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat).
- Ibu dan bapa adalah pengundi berdaftar di SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia).
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar adalah pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut.
Sebagai contoh permohonan untuk manfaat bulan Oktober 2025 wajib dihantar sebelum atau pada 15 Oktober 2025.
Cara Permohonan
Permohonan kali pertama boleh klik di sini untuk membuat permohonan online
Bagi permohonan anak asuhan tahun 2020 dan ke atas, pendaftaran adalah secara atas talian(online) dan dokumen sokongan lengkap WAJIB disertakan adalah seperti berikut;
- Borang pendaftaran online yang dicetak dari sistem
- Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak yang dipohon
- Salinan MyKad Ibu
- Salinan MyKad Bapa
- Salinan perakuan anak angkat / sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)
- Slip gaji ibu (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri)
- Slip gaji bapa (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri)
- Bagi Pemohon bukan kelahiran Selangor
 – Cop pengesahan mastautin (bagi bukan kelahiran Selangor)
 – Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / Astro / Muka Depan Buku Merah IBU
- Salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa.
*Dokumen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke [email protected] atau ke alamat berikut:
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No Tel 03-5481 8800
*Sebarang kelewatan penghantaran dokumen tidak akan diproses dan dianggap tidak berjaya.
Soalan Lazim
Berapakah jumlah bantuan yang akan diterima menerusi bantuan ini?
Ibu bapa yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri sebanyak RM100 setiap bulan.
Jika isteri saya tidak bekerja, adakah saya boleh memohon bantuan ini?
Tidak. Syarat kelayakan bantuan ini adalah suami dan isteri mestilah bekerja.
Bilakah tarikh tutup permohonan bantuan ini?
Tarikh tutup permohonan bantuan ini adalah pada 15 haribulan setiap bulan.
Berapakah jumlah anak yang boleh memohon bantuan ini?
Bantuan ini hanya diberikan terhad kepada 2 orang anak sahaja.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut sila layari https://asuhpintar.yawas.com.my/ atau hubungi talian 03-54818800.
Alamat
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.
Hotline
03 5481 8800
