idMe KPM merupakan sistem pengurusan identiti utama yang digunakan untuk mengakses semua sistem di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sama ada anda seorang guru, ibu bapa, pelajar, atau pentadbir institusi, pendaftaran dan log masuk ke idMe adalah wajib untuk menggunakan pelbagai modul penting, termasuk permohonan pendaftaran Tahun 1 bagi sesi 2026. Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan Single Sign-On (SSO) dan mengelakkan duplikasi maklumat pengguna. Panduan ini akan menerangkan langkah mudah untuk mendaftar, log masuk, dan membuat permohonan Tahun 1 melalui portal dMe KPM dengan lebih teratur dan cepat.
Apa Itu idMe?
Ramai ibu bapa dan guru masih keliru tentang apa sebenarnya sistem idme. Sebenarnya, idMe adalah Sistem Pengurusan Identiti yang membolehkan anda log masuk ke semua sistem bersepadu KPM (MOEIS).
Antara sistem yang boleh diakses melalui IDME termasuk:
- Pengurusan Awam
- Pengurusan Murid
- Pengurusan Guru
- Pengurusan Pentaksiran
- Pengurusan Institusi
- Penubuhan & Pendaftaran Institusi
Cara Login idMe Untuk Guru
Guru wajib login ke sistem idme kpm untuk akses e-RPH, e-Prestasi dan sistem MOEIS lain. Berikut ialah langkahnya:
- Layari https://idme.moe.gov.my/login
- Klik Daftar Baru jika tiada akaun
- Lengkapkan maklumat seperti emel DELIMa, IC, dan captcha
- Aktifkan akaun melalui pautan dalam emel pentadbir
- Masukkan semula IC dan kata laluan sementara
- Tukar kepada kata laluan baru
Cara Daftar idMe Untuk Ibu Bapa
Bagi ibu bapa yang ingin daftar anak ke Tahun 1 sesi 2026, anda wajib guna idme. Ikuti langkah berikut:
- Layari portal idme.kpm
- Klik Daftar Pengguna dan isikan maklumat anda
- Sahkan captcha dan klik Daftar
- Semak emel untuk kata laluan sementara
- Log masuk dan tukar kata laluan baru
Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026 KPM
Pendaftaran Tahun 1 online melalui idme kpm dibuka mulai 1 Mac 2025. Berikut cara daftar anak ke darjah satu:
- Log masuk ke idme.moe.gov.my
- Pilih menu Tahun 1 dan klik Permohonan Baharu
- Masukkan No MyKid anak anda
- Lengkapkan semua maklumat murid, kesihatan, penjaga
- Semak & klik Peraku Benar & Hantar
- Cetak borang permohonan & surat kesihatan
- Serahkan borang ke sekolah dalam masa 14 hari
Syarat Kelayakan Mohon Tahun 1
- Anak warganegara Malaysia
- Lahir antara 2 Januari 2019 hingga 1 Januari 2020
Masalah Login idMe KPM & Cara Atasi
Ramai guru dan ibu bapa hadapi isu seperti idme kpm tidak boleh login atau kata laluan salah. Ini cara selesaikan:
- Klik Lupa Kata Laluan
- Masukkan emel berdaftar
- Ikut arahan e-mel penetapan semula kata laluan
- Tetapkan semula dengan masukkan IC dan captcha
Cara Tukar Kata Laluan idMe
Sekiranya anda masih ingat akaun tetapi ingin tukar password:
- Log masuk idme
- Pergi ke tetapan akaun
- Pilih Tukar Kata Laluan
- Masukkan kata laluan lama & tetapkan yang baru
Panduan Video idMe KPM (MOIES)
Kementerian Pendidikan turut menyediakan playlist YouTube penuh untuk bantu pengguna. Anda boleh tonton di sini:
Panduan Video idMe / MOIES KPM
Muat Turun Manual Pengguna idMe (PDF)
Untuk panduan lebih terperinci, sila muat turun PDF rasmi dari KPM:
Full_Awam_Manual_Pengguna-idme-kpmDownload
Soalan Lazim (FAQ)
- Apakah itu idMe? – Sistem log masuk tunggal untuk semua sistem di bawah KPM.
- Siapa wajib guna? – Guru, ibu bapa, murid, pentadbir, dan agensi berkaitan.
- Bila mula daftar Tahun 1? – Bermula 1 Mac 2025.
- Boleh daftar guna telefon? – Ya, laman idme mesra telefon pintar.
Maklumat Lanjut & Bantuan
Jika anda perlukan bantuan, hubungi terus pihak KPM:
Bahagian Pengurusan Maklumat
Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya
Telefon: 03-88843501
Faks: 03-88895244
Emel: [email protected]
Rumusan
idMe KPM bukan sekadar sistem log masuk – ia adalah pusat utama untuk urusan pendidikan digital Malaysia. Pastikan anda sudah daftar idme dan tahu cara login sebelum musim pendaftaran Tahun 1 bermula.
Untuk akses info bantuan pendidikan terkini, layari bantuanbaru.my.